fbpx

BCL kembali aktif, bakal lancar album mini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bunga.

JAKARTA – Penyanyi yang juga pelakon terkenal, Bunga Citra Lestari (BCL) bakal melancarkan album mini berjudul Live at BCL’s Attic secara digital.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, BCL kini perlahan-lahan kembali ke gelanggang hiburan dengan melancarkan album mini memuatkan tiga buah lagu seperti Cinta Pertama (Sunny), Pernah Muda dan Karena Ku Cinta yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

Cinta Pertama (Sunny) terdapat dalam album pertama BCL bertajuk Cinta Pertama yang dikeluarkan pada 2006. Lagu berkenaan juga pernah menjadi sebuah daripada runut bunyi filem Dealova (2005) dibintangi Jessica Iskandar.

Lagu Pernah Muda pula merupakan single yang dikeluarkan pada 2009 dan seterusnya menjadi salah satu material album ketiga BCL bertajuk The Best of BCL (2013).

Sementara itu, lagu Karena Kucinta Kau adalah lagu tema drama Bayu Cinta Luna yang dibintangi BCL pada 2009 dan 2010. Lagu tersebut juga menjadi material album keempat BCL bertajuk Hit Singles and More (2015).

Tambah kenyataan tersebut, jika dibandingkan dengan versi original, tiga lagu dalam Live at BCL’s Attic terasa cukup berbeza dan paling ketara dari segi komposisi dan instrumen digunakan.

“Lagu-lagu ini agak berbeza kerana proses rakamannya dibuat di rumah BCL ketika dunia dilanda pandemik Covid-19,” kata label Aquarius Musikindo.

Julai lalu BCL melancarkan album berjudul 12 Tahun Terindah yang didedikasi buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari awal tahun ini akibat serangan jantung.

BCL menulis sendiri lirik lagu berkenaan dengan bantuan muzik yang dicipta oleh Ifa Fachir, manakala video muzik pula diarahkan adik iparnya, Adam Sinclair dengan berlatarkan kediaman BCL serta aktiviti bersama anak lelaki tunggal mereka, Noah.

Lagu 12 Tahun Terindah juga kesinambungan daripada Memilih Dia yang dilancarkan setahun sebelum itu. Sejak 2006 hingga 2017, BCL juga sudah menghasilkan lima album sepanjang kariernya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI