fbpx

Pergaduhan pub: Polis akan mohon reman baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permohonan reman selama lima hari akan dibuat bagi menjalankan siasatan berhubung satu laporan kejadian peras ugut yang dibuat oleh pemilik pub.

KUALA LUMPUR – Pihak polis akan membuat permohonan reman baharu selama lima hari terhadap 15 individu yang terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, permohonan reman tersebut adalah bagi menjalankan siasatan terhadap satu laporan berhubung kejadian peras ugut yang dibuat oleh pemilik pub berkenaan.

“Pihak kami telah menerima satu laporan daripada pemilik premis berkenaan mengenai kejadian peras ugut yang dilakukan oleh kumpulan terbabit.

“Jadi, esok suspek yang sama juga akan dipohon reman mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga akan melakukan semakan berhubung kesahihan gelaran ‘Datuk’ yang digunakan oleh salah seorang suspek yang ditahan.

“Polis akan melakukan pemeriksaan dengan pihak istana sama ada gelaran yang digunakan itu adalah sah atau pun tidak,” katanya.

Terdahulu, seramai 15 individu ditahan susulan satu kejadian pergaduhan di lokasi berkenaan kira-kira pukul 11.20 malam.

Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 38 hingga 59 tahun termasuk seorang lelaki yang mendakwa mempunyai gelaran Datuk.

Sebelum ini, kesemua suspek telah ditahan reman selama lima hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI