fbpx
SITI NURHALIZA bersama anaknya Aafiyah.

Wah! Siti ada ‘baby bump’? – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENARLAH orang kata, kalau sudah terkenal, walau sebesar kuman perbezaan pada diri kita pasti akan menjadi perhatian umum.

Minggu ini kecoh dalam media sosial tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza kini hamil anak kedua.

Spekulasi tersebut bertiup kencang dan dikuatkan lagi dengan sekeping foto tangkap layar daripada video InstaStory yang dimuat naik Siti baru-baru ini.

Siti dilihat sedang mempromosikan makanan yang diterimanya, namun lain pula yang dilihat oleh netizen iaitu bahagian perut Siti.

Biarpun bahagian perutnya muncul beberapa saat sahaja, ramai yang sudah teruja jika benar Siti Aafiyah bakal mendapat seorang adik tidak lama lagi.

Ramai yang meluahkan rasa tidak sabar menunggu pengumuman daripada Siti. Ada juga netizen buat kesimpulan bahawa Siti sudah lama tidak muncul dalam mana-mana program hiburan atau majlis kerana ingin fokus terhadap kandungan keduanya itu.

DIVA: Simpati dengan Risteena dan Isa Khan yang sudah dua kali tangguh majlis kahwin. Apa kata nikah sahaja!

BERITA BERKAITAN