fbpx

Sydney catat suhu malam November paling panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG berjemur di Pantai Bondi ketika cuaca panas melanda Sydney pada 21 Disember 2019. - AFP

SYDNEY – Sydney merekodkan malam November paling panas ketika bandar raya terbesar Australia itu dilanda gelombang haba hujung minggu ini yang menyaksikan suhu siang hari memuncak melebihi 40 darjah Celsius.

Suhu sebelah malam pula tidak turun di bawah paras 25. 3 darjah Celsius dari malam semalam hingga awal pagi tadi di tengah Sidney, demikian menurut biro meteorologi sekali gus menjadikannya malam November paling panas sejak suhu waktu malam direkodkan di Australia.

Suhu meningkat kepada 30 darjah Celsius menjelang pukul 4.30 pagi (waktu tempatan) sebelum melepasi 40 darjah Celius untuk hari kedua berturut-turut.

“Negeri New South Wales (NSW) dalam keadaan dilanda gelombang haba teruk dengan suasana panas dialami semalam dan hari ini,” kata pegawai biro meteorologi, Agata Imielska.

Rekod suhu siang hari pecah di tempat-tempat lain di tenggara Australia dengan bandar pedalaman Griffith dan Mildura masing-masing mencatat 43.2 darjah Celsius dan 45.7 darjah Celsius semalam.

Gelombang haba yang melanda mendorong pihak berkuasa NSW menguatkuasakan larangan pembakaran di negeri itu.

Bagaimanapun, beberapa kebakaran tercetus hari ini termasuk satu kebakaran di pinggir barat kota raya Sydney yang menyebabkan sebuah hartanah rosak.

Kebakaran hutan di Australia mengakibatkan hampir tiga bilion haiwan hilang tempat tinggal dan ekonomi negara kerugian hampir AS$7 bilion (RM28.4 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI