fbpx

Samun dua rumah dalam masa dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

PETALING JAYA – Penjenayah yang merompak dan menetak Dr. Wan Hassan Wan Embong dilaporkan pecah masuk sebuah banglo tiga tingkat di Taman Tiara Titiwangsa, Kuala Lumpur dua jam kemudian.

Kediaman milik seorang jurutera itu dipecah masuk pada pukul 5.15 pagi ketika pengadu serta ahli keluarganya sedang nyenyak tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dua lelaki mengetuk pintu bilik mangsa dan ahli keluarga yang lain sebelum mengugut akan mencederakan mereka sekiranya melawan.

Artikel berkaitan : Pesara Mardi maut ditetak perompak

Katanya, mangsa, 12 ahli keluarganya serta pembantu rumah diikat pada bahagian tangan menggunakan kabel telefon sebelum disumbat kain dalam mulut.

“Suspek telah menyelongkar semua bilik sebelum melarikan barang kemas, televisyen, telefon bimbit serta wang tunai RM3,500.

“Susulan itu, dua suspek berkenaan melarikan diri bersama seorang lagi suspek yang berada di luar rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, hasil siasatan pihak forensik di lokasi kejadian mendapati suspek masuk dan keluar melalui cermin tingkap sebelah kiri rumah.

“Ada kesan gumpilan pada cermin tersebut dan lapan kesan cap cari di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di sekitar tempat kejadian, kita menemui dompet dan dokumen milik mangsa samun bunuh di Jalan Mambu, Bangsar,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha mengesan tiga lelaki menaiki dua buah kenderaan serta bersenjatakan parang dan tukul besi itu sedang giat dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI