fbpx

Lelaki sanggup beratur 36 jam untuk beli PS5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tyler Lopez bersama konsol Sony PS5 yang berjaya dimilikinya. - Twitter/Liz Kreutz

SACRAMENTO – Seorang lelaki sanggup beratur selama 36 jam di hadapan sebuah kedai semata-mata untuk membeli konsol permainan Sony PS5, kelmarin.

Tyler Lopez, 20, mula menunggu di hadapan kedai GameStop yang terletak di bandar Dublin pada pukul 8 malam, Rabu lalu.

Tyler di hadapan kedai GameStop di Dublin, California. – Twitter/Liz Kreutz

Dia berjaya mendapatkan satu daripada dua PS5 yang dijual di situ sempena jualan murah Black Friday.

“Saya sudah cukup gembira apabila berjaya membeli PS5 ini tetapi ia menjadi lebih seronok dapat menjadi bahan berita,” katanya kepada stesen televisyen ABC.

Kesungguhan remaja itu turut mendapat pujian Polis Dublin yang membelikannya air coklat panas dan donut ketika sedang menunggu kedai dibuka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN