fbpx

‘Darth Vader’ mati di usia 85 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prowse popular dengan watak antagonis, Darth Vader dalam filem Star Wars. -CNN

LONDON – Pelakon watak Darth Vader dalam filem Star Wars, David Prowse disahkan mati pada usia 85 tahun.

Berita itu disahkan oleh syarikat pengurusan Prowse menerusi laman Twitter, petang tadi.

Prowse meninggal dunia akibat penyakit yang tidak didedahkan, menurut ejennya, Thomas Bowington.

CNN pada 2018 pernah melaporkan mendiang menjalani rawatan untuk penyakit kanser prostat.

“Dengan hati yang berat dan sedih, kami mengumumkan pemergian artis naungan kami, David Prowse di usia 85 tahun, “ tulis Bowington Management di Twitter.

“Walaupun mendiang dikenali kerana sering membawakan watak antagonis namun dalam hati semua peminat, dia ialah seorang hero,” kata Bowington kepada Badan Penyiaran British (BBC). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN