fbpx

Pulau Pinang akan kekalkan gaya permainan tiki taka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Pulau Pinang yang menjuarai Liga Premier musim lepas dijangka mengekalkan gaya permainan tiki taka pada saingan Liga Super musim depan.

PASUKAN Pulau Pinang mahu mengekalkan corak permainan tiki taka yang dipamerkan ketika menjulang trofi Liga Premier pada musim ini ke tahun depan walaupun bakal dibimbing oleh ketua jurulatih baharu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dr. Amar Pritpal Abdullah mengesahkan pihaknya kini berada dalam fasa akhir untuk menandatangani ketua jurulatih baharu yang akan diperkenalkan pada awal bulan depan.

Kata Amar Pritpal, kehadiran ketua jurulatih baharu itu akan menggantikan posisi Manzoor Azwira yang akan bertugas sebagai pembantu kerana ketiadaan lesen Pro A yang menjadi kewajipan bermula musim depan.

“Jurulatih baharu nanti sudah tentu mempunyai lesen Pro A dan kini kami dalam proses penilaian fasa akhir selepas me­nerima banyak resume sepanjang bulan ini.

“Antara permohonan yang diterima sudah tentu daripada jurulatih tempatan dan ada dalam kalangan mereka juga daripada luar negara.

“Namun, banyak faktor memainkan peranan kerana selain daripada gaji, kami memang menuntut jurulatih baharu itu mengekalkan corak permainan tiki taka yang kami pamerkan sepanjang musim ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Amar Pritpal turut mengesahkan pengurusan sudah mula menandatangani pemain baharu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021 selain melanjutkan kontrak tonggak penting pasukan musim ini.

“Beberapa pemain musim ini telah dikekalkan seperti kapten, Azmi Muslim dan Samuel Somerville tetapi ada juga yang tidak disambung kontraknya. Pemain baharu juga sudah dikenal pasti dan kami akan umumkan secara rasmi tidak lama lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI