fbpx

Hormon seks wanita elak jangkitan serius Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hormon yang ditemui pada wanita mempunyai bahan anti radang yang mampu mengurangkan tahap keseriusan simptom koronavirus. – Tempura/Istock.com

CHICAGO – Penyelidik daripada Universiti Illinois, Chicago (IUC) mendedahkan bahawa hormon seksual wanita memiliki kesan anti radang yang dapat melindungi wanita daripada gejala serius penyakit Covid-19.

Kajian oleh pasukan penyelidik IUC itu menunjukkan hormon estrogen dan prosgesteron mempunyai kesan pelindungan terhadap sesetengah simptom koronavirus.

Penulis kajian itu, Graziano Pinna menerbitkan keputusan tersebut dalam jurnal Trends in Endocrinology and Metabolism.

Penyelidikan itu menumpukan kepada wanita hamil dan perbezaan antara lelaki serta wanita yang mengalami simptom koronavirus serius.

“Hormon seperti progesteron, estradiol dan allopregnanolone mempunyai fungsi anti radang dan menggalakkan sistem imunisasi badan.

“Oleh sebab itu, wanita me­nunjukkan simptom koronavirus lebih teruk sejurus selepas melahirkan anak kerana kehilangan hormon-hormon yang wujud sewaktu mengandung,” katanya.

Kajian ini turut menjelaskan kenapa lelaki lebih terdedah kepada simptom koronavirus yang serius kerana ketiadaan hormon ini dalam sistem imunisasi badan mereka.

Awal minggu ini, saintis turut mendakwa bahawa vaksin rubella berupaya memberi pelindungan separa daripada Covid-19 sekali gus menjawab persoalan tentang kanak-kanak yang dilihat kurang terkesan dengan wabak itu. – ETXStudio

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI