fbpx
Ular tedung selar seberat tiga kilogram yang ditemui seorang jemaah di dalam tandas di Masjid Dol Said, Alor Gajah, semalam.

Terkejut jumpa ular tedung dalam tandas masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Niat seorang jemaah untuk membuang air terbantut selepas ternampak seekor ular tedung selar sepanjang 1.5 meter menyorok di belakang tandas duduk di Masjid Dol Said di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.40 malam itu, haiwan berbisa seberat tiga kilogram itu berjaya ditangkap dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Alor Gajah.

Menceritakan semula detik cemas itu, Saadon Awang, 55, yang juga seorang pesara tentera memberitahu, kejadian berlaku ketika dia ingin menggunakan tandas tersebut selepas selesai menunaikan solat Maghrib.

“Ketika itu saya masuk ke dalam tandas dan terus tunduk untuk mengambil gayung di dalam baldi.

“Alangkah terkejutnya apabila ternampak badan ular bergulung di belakang tandas duduk dan terus keluar sebelum melaporkan kepada pihak jawatankuasa masjid,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, haiwan itu dipercayai masuk ke dalam tandas selepas pintu tersebut dibiarkan terbuka selain faktor kawasan yang lembap.

Sementara itu, Pegawai Operasi APM Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 7.52 malam.

“Sepasukan empat anggota telah dikejarkan ke lokasi bagi operasi kes menangkap ular.

“Setiba di tempat kejadian, kita menemui seekor ular jenis tedung selar berada di belakang tandas duduk dan pasukan APM mengambil masa enam minit untuk menangkapnya,” kata beliau.

Katanya, ular tersebut kemudian dilepaskan semula ke habitatnya jauh dari kawasan penempatan.  -K! ONLINE

POPULAR