fbpx

Presiden Brazil tolak vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menolak suntikan vaksin Covid-19. - AFP

BRASILIA – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro menegaskan beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin bagi virus Covid-19.

“Ambil perhatian kata-kata saya, saya tidak akan mengambilnya (vaksin). Itu hak saya,” kata Bolsonaro dalam siaran langsung yang distrim di beberapa platform media sosial,semalam.

Pemimpin politik sayap kanan itu juga memberitahu bahawa Kongres mungkin tidak akan mewajibkan penduduk Brazil mendapatkan suntikan vaksin.

Bolsonaro yang juga penyokong kuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berulang kali memperlekehkan tahap keseriusan pandemik koronavirus walaupun beliau sendiri telah dijangkiti virus itu pada musim panas lalu.

Awal bulan ini , beliau mencetuskan kontroversi kerana menggunakan perumpamaan berkaitan golongan transeksual ketika mengadu tentang penularan wabak maut itu di negaranya.

“Kita semua akan mati satu hari nanti. Tiada guna lari daripada realiti. Kita semua perlu berhenti menjadi pondan.

“Semua perlu berani dan berdepan dengan virus ini,” katanya pada ketika itu.

Brazil mencatat jumlah kematian tertinggi dunia akibat koronavirus di belakang AS.

Bolsonaro dalam siaran sama turut mempersoalkan keberkesanan memakai pelitup muka membantu mengekang penularan wabak koronavirus. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN