fbpx

Nigeria haramkan slogan jualan murah ‘Black Friday’.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bandar Kano di Nigeria haramkan slogan jualan murah 'Black Friday'. - AFP

ABUJA, Nigeria – Pasukan polis bandar terbesar di utara Nigeria, Kano memberi amaran keras kepada penduduk untuk tidak menggunakan slogan jualan ‘Black Friday’.

Slogan itu didakwa tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam.

Menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan pada malam Jumaat dan sempat dibaca oleh agensi berita AFP, Polis Syariah Hisbah Kano memberi amaran kepada stesen radio swasta, Cool FM untuk berhenti mempromosikan jualan ‘Black Friday’.

‘Black Friday’ adalah hari selepas sambutan Hari Kesyukuran atau ‘Thanksgiving’, satu simbolik bermulanya musim beli belah yang sibuk bagi menyambut kedatangan Hari Krismas.

“Kami ingin meluahkan kebimbangan terhadap promosi dan jualan yang ditag dengan slogan ‘Black Friday’ dan mahu memaklumkan, majoriti penduduk bandar Kano adalah masyarakat Islam.

“Hari Jumaat adalah hari mulia dalam Islam jadi slogan jualan ‘Black Friday’ dianggap tidak selari dengan tuntutan agama kami,” kata satu surat itu.

“Anda semua diminta untuk berhenti memanggil hari ini (Jumaat) sebagai ‘Black Friday’ serta merta,” tegas surat itu.

Menurut surat itu lagi, Hisbah menerima aduan daripada penduduk setempat tentang jualan murah ‘Black Friday’ yang sedang berlangsung.

Stesen radio itu terlibat dalam mempromosi jualan murah ‘Black Friday’ di beberapa kompleks beli belah sejak beberapa hari lepas yang dijangka menarik jumlah pengunjung yang ramai.

Setakat ini, stesen radio itu belum memberi sebarang respon kepada surat yang dilayangkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN