fbpx

Pengusaha bas perlukan geran sehingga RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

SEREMBAN – Persatuan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mencadangkan kepada kerajaan untuk menambah jumlah geran kepada pengusaha bas sekolah.

Menurut Presidennya, Mohd. Azizee Hasan, pengusaha dan pemandu bas sekolah sangat terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, banyak tanggungan perlu dijelaskan, tetapi sumber pendapatan mereka terjejas ekoran penutupan sekolah.

“Kami cadangkan kerajaan memberi geran tambahan yang lebih tinggi antara RM5,000 hingga RM6,000 berbanding sebelum ini RM3,000.

“Walaupun kerajaan sudah membantu, namun ada beberapa aspek tertentu perlu dibantu lagi sebab tempoh Covid-19 kita tidak tahu sampai bila akan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan dapur kepada 25 pengusaha dan pemandu bas di kawasan Nilai di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Semarak di Nilai di sini hari ini.

Turut hadir Bendahari Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Negeri Sembilan, Jamsari Mohamad.

Mohd. Azizee yang juga Yang Dipertua Cawangan Nilai Ikatan Muslimin Malaysia berkata, pihaknya juga meminta kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan pembukaan sekolah di kawasan-kawasan yang tidak terjejas.

“Perkara ini saya kira wajar untuk memastikan bas sekolah beroperasi dan akan memberi peluang kepada pemandu bas untuk kembali menjalankan aktiviti pengangkutan,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI