fbpx

Ammar nasihatkan bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ammar Alfian

PETALING JAYA – Pelakon Ammar Alfian menegur bekas isterinya supaya menjaga kelakuan dan tidak menghina mahkamah.

Menurut pelakon filem Paskal itu, dia meminta bekas isterinya, Nelissa agar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.

“Ia menyedihkan sebab kami ke mahkamah untuk mendapatkan keputusan. Hakim dan mahkamah adalah orang tengah, apabila kita ke mahkamah tolong respek (hormat). Tetapi belah sana (pihak isteri) tidak tunjuk.

“Bila kita datang rumah orang, kita tunjuk hormat. Mahkamah pun tidak besar mana. Apa yang kita buat dekat luar dewan orang semua perhatikan. Bila belah sana tunjuk perangai tidak cantik hakim pun terasa,” ujarnya.

Ammar berkata, dia membuat video itu berdasarkan apa yang dinasihatkan hakim kepada dia dan Nelissa.

“Saya baru balik dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan tergerak hati nak buat video ini berdasarkan apa yang hakim nasihat kepada kami. Rasanya hakim sudah terasa sakit hari dengan apa yang dia (hakim) dengar dalam media sosial, mengenai mahkamah syariah ini (bias) berat sebelah kepada lelaki.

“Saya tahu kenapa hakim sampaikan nasihat itu kepada saya dan pihak belah sana (bekas isteri) sebab dia tulis dekat media sosial mengenai perasaan tidak puas hati terhadap mahkamah yang berpihak pada saya,” kata Ammar.

Pada masa sama, Ammar turut meminta Nelissa supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh memalukan sehingga boleh merisikokan diri dipenjara sekiranya disabitkan dengan kesalahan kerana menghina mahkamah.

Dalam video tersebut, Ammar turut mengakui bahawa apa yang berlaku ke atas perkahwinannya adalah berpunca daripada kesalahan dirinya sendiri, namun dia enggan untuk berperang bagi mendapatkan hak penjagaan anak.

Terdahulu, perkahwinan antara Ammar dan Nelissa telah dilaporkan berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan mereka bercerai secara tebus talak pada 14 Oktober lalu.

Sehubungan itu, hakim telah memerintahkan Nelissa agar membuat bayaran iwad sebanyak RM7,000 kepada Ammar sebagai proses tebus talak.

Pergolakan rumah tangga Ammar dan Nelissa, 31, mula mendapat perhatian selepas wanita itu mendedahkan suaminya curang ketika dia sedang sarat hamil enam bulan pada Mei tahun lalu.

Biarpun pelakon itu menafikan tuduhan isterinya, namun kemelut rumah tangga mereka berlarutan selepas Nelissa sekali lagi mendedahkan bukti paparan skrin kecurangan Ammar.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN