fbpx

Terima kasih kepada semua yang terlibat -Naib Canselor UM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti Malaya.

PETALING JAYA – Universiti Malaya (UM) telah membuktikan bahawa institut pengajian tinggi di Malaysia setaraf dengan beberapa universiti bertaraf dunia yang ada di Asean antaranya, Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Kebangsaan Seoul dan Universiti Tokyo apabila berada pada ranking ke-9 dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021 yang laporannya dikeluarkan hari ini.

Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Hamdi Abd Shukor berkata, kedudukan itu menjadikan UM berada dalam sepuluh universiti terbaik di Asia buat pertama kali sejak Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings diperkenalkan pada 2009.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi di atas bantuan yang telah disalurkan selama ini sehingga meletakkan UM ditahap sekarang dan menjadikan kunci kejayaan kepada institut pengajian tinggi tempatan berada setaraf dengan institut pengajian tinggi antarabangsa.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat antaranya rakan kerjasama, rakan antarabangsa dan alumni universiti yang telah sama-sama membantu dalam meletakkan UM di sini sekarang.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada bekas Naib Canselor UM yang terdahulu kerana tanpa pimpinan yang terbaiknya, UM tidak akan berada pada tahap ini,” katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat UM hari ini.

Terdahulu, sepuluh universiti tempatan terdiri daripada tujuh universiti awam dan tiga universiti swasta berada dalam kelompok 110 universiti terbaik Asia berdasarkan laporan Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) : Asia 2021.

Menurut laporan QS yang dikeluarkan hari ini, UM mendahului universiti lain dengan berada di tempat kesembilan, diikuti Universiti Putra Malaysia ke-28, Universiti Sains Malaysia (ke-34) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35).

Universiti Teknologi Malaysia di tempat ke-39, Universiti Teknologi Petronas (ke-70), Taylor’s University (ke-89), Universiti UCSI (ke-105), Universiti Utara Malaysia (ke-107) dan Universiti Teknologi Mara (ke-108). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI