fbpx

Takut kahwin risau dapat suami songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NOR ERYANI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

SEPANJANG tempoh dua tahun iaitu dari 2012 hingga 2014, sebanyak 92,768 kes perceraian direkodkan berlaku di negara ini berpunca daripada mempunyai pasangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Membaca angka itu sebesar itu, situasi ini tidak boleh dipandang enteng kerana dalam Islam sendiri, perceraian adalah perkara yang sangat tidak digalakkan untuk mana-mana pasangan.

Melihat jumlah itu, mengingatkan penulis kepada isu wanita yang memilih untuk hidup bujang meskipun usia sudah menginjak 30-an. Walaupun rakan-rakan sekeliling sudah beranak-pinak, mereka selesa hidup solo.

Apakah jumlah kes perce­raian setinggi itu menjadi sebab sehingga mencetuskan ketakutan bagi golongan wanita sehingga sanggup hidup membujang gara-gara bimbang tersilap pilih? Tidak mustahil perkara itu berlaku.

Punca-punca lain seperti selesa dengan karier yang bagus, mampu berdikari serta tidak terfikir untuk berkahwin sudah biasa didengar. Akan tetapi, bagaimana pula dengan alasan takut kahwin kerana bimbang dapat suami songsang?

Apatah lagi pada era serba moden sebegini dengan kewujudan banyak platform media sosial yang menjadi lubuk kepada golongan LBGT memuaskan nafsu membuatkan golongan wanita semakin takut untuk mengenali jantina berlawanan.

Itu belum lagi menyentuh pelbagai kisah golongan lelaki yang songsang terpaksa berkahwin demi menutup ‘lubang’ ataupun tidak kurang yang dipaksa ke­luarga.

Laporan akhbar pada Mac lalu merekodkan bahawa lebih sejuta wanita Selangor berusia 30 tahun ke atas masih bujang. Jumlah itu diikuti dengan wanita bujang di Johor seramai lebih 600,000 orang.

Bagi yang gemar mengikuti kisah terkini dan menarik dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter, pastinya kisah main kayu tiga sering mendapat perhatian.

Kalau dahulu, kayu tiga selalunya membabitkan seorang lelaki dan dua wanita. Bagaimanapun, pada era serba moden dan wujudnya ramai golongan liberal yang berfikiran terlalu terbuka, sering kita dengar tentang keruntuhan rumah tangga mahupun hubungan cinta seorang wanita gara-gara dicurangi orang ketiga iaitu lelaki.

Mengulas perkara itu, Pensyarah Universiti Cyberjaya, Profesor Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub menjelaskan, ada tiga faktor paling utama mengapa wanita pilih hidup membujang.

Mengaitkan dengan isu bimbang tersalah pilih pasangan, selesa hidup bujang disebabkan ramai kawan dan saudara yang mempunyai pengalaman kegagalan dalam kehidupan berumah tangga antara sebab utama ramai wanita berstatus solo.

“Selain itu, salah satu sebab paling banyak adalah disebabkan kaum wanita sekarang keba­nyakannya bekerja dan mempunyai pendapatan stabil untuk menanggung diri sendiri.

“Tidak seperti suatu ketika dahulu, si isteri bergantung kepada suami untuk mendapatkan wang sesuai dengan zaman itu yang tidak menggunakan kos tinggi dalam kehidupan seharian,” ujar­nya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Noran lagi, faktor ketiga adalah berkaitan dengan emosi berikutan pengalaman pahit yang pernah dilalui.

“Pengalaman pahit dalam episod bercinta dan selalunya wanita agak berat untuk meng­ulanginya semula. Jadi, sebab itu wanita zaman sekarang tidak kisah menjalani kehidupan sendirian,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI