fbpx
Hospital USM

Henti sebar berita palsu kes Covid-19 Hospital USM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) menyarankan supaya masyarakat tidak mudah mempercayai berita palsu yang disebarkan tanpa pengesahan mengenai kes positif Covid-19 melibatkan warga Kampus Kesihatan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) semalam.

Timbalan Yang Dipertua PPIK, Dr. Mohamad Ibariyah Iberahim berkata, penyebaran berita tidak sahih itu boleh menyebabkan kekecohan dalam kalangan masyarakat selain ia turut mengganggu tugasan berwajib.

“PPIK memohon agar pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan ke hospital perlu jujur dengan memberikan butiran telus jika mempunyai kontak rapat dengan individu yang terkena jangkitan virus Covid -19.

“Mereka perlu mengambil perhatian bagi menjamin keselamatan petugas kesihatan dan masyarakat sekeliling khususnya di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Mohamad Ibariyah, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), PPIK berharap masyarakat tidak panik atau membuat kesimpulan sendiri berhubung situasi Covid-19 berlaku di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI