fbpx

TM catat prestasi kukuh suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Telekom Malaysia Bhd. (TM) merekodkan ­prestasi kukuh pada suku ketiga (S3) bagi tahun kewangan ber­akhir 30 September 2020, de­ngan pertumbuhan hasil seba­nyak 3.8 peratus kepada RM2.69 bilion berbanding RM2.59 bilion pada suku sebelumnya.

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan (PATAMI) naik 19.9 peratus kepada RM329.5 juta berban­ding RM274.7 juta suku kedua 2020.

Perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) meningkat tujuh peratus kepada RM456.2 juta berbanding RM426.3 juta.
Jumlah perbelanjaan modal bagi S3 2020 adalah 14.9 peratus daripada hasil atau RM400 juta, dengan 50 peratus daripadanya dibelanjakan untuk akses rangkaian, 17 peratus untuk rangkaian teras dan baki 33 peratus untuk sistem sokongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, usaha pengoptimuman kos TM terus memberikan hasil dengan EBIT yang baik dan PATAMI yang kukuh.

“Kami menyaksikan unifi memperoleh momentum dengan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus kepada 1.65 juta pelanggan yang mana pelanggan jalur lebar kami kini berjumlah 2.26 juta.

“Kumpulan turut mencatatkan penembusan konvergens (dengan tiga perkhidmatan atau lebih) tertinggi dalam isi rumah TM sejak 2018 pada kadar 58 peratus, apabila semakin ramai rakyat mengamalkan kehidupan-bekerja secara digital dalam norma baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut TM, pihaknya kekal komited dalam meningkatkan capaian sambungan menerusi Jalinan Digital Negara (Jendela) dan memacu ekonomi digital dengan kolaborasi bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang diumumkan baru-baru ini.

“Rangkaian TM kekal stabil sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hasil pengoptimuman rangkaian berterusan, biarpun dengan peningkatan penggunaan trafik antara 30 pe­ratus hingga 50 peratus bergantung kepada waktu puncak dari Mac hingga November lalu.

“Ini berikutan lebih ramai rakyat Malaysia bekerja dari rumah,” katanya.

BERITA BERKAITAN