fbpx

Muhyiddin terima kunjungan hormat Duta AS, bincang pengeluaran vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN (kanan) menerima kunjungan hormat Kamala dalam satu pertemuan di pejabat beliau semalam. FOTO LAMAN FB MUHYIDDIN YASSIN

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir di pejabat beliau di Putrajaya semalam.

Dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, Muhyiddin memaklumkan pertemuan itu membabitkan perkongsian mengenai perkembangan terkini beberapa vaksin Covid-19 keluaran syarikat bioteknologi dan farmaseutikal Amerika Syarikat yang sedang melalui proses ujian dan kelulusan Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat.

“Saya menyambut baik perkembangan tersebut dan menyatakan harapan agar akses kepada vaksin tersebut dibuat secara adil dan saksama apabila dilancarkan kelak.

“Selain itu, perbincangan kami juga tertumpu kepada beberapa hal berkaitan mempertingkat kerjasama dua hala termasuk bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan pendidikan serta isu-isu geopolitik serantau dan keselamatan antarabangsa,” katanya dalam hantaran tersebut pagi ini.

Beliau turut menyampaikan penghargaan  Malaysia selaku hos Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 kepada Presiden AS, Donald Trump atas penglibatan beliau mewakili  negara berkenaan pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Ekonomi APEC yang telah berlangsung secara maya pada 20 November lepas.

“Kamala juga telah menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak AS atas kejayaan Malaysia selaku tuan rumah persidangan APEC tahun ini yang menyaksikan Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan serta pelancaran Visi Putrajaya 2040 yang bakal menjadi aspirasi baharu kepada komuniti APEC bagi pertumbuhan ekonomi serantau dalam tempoh 20 tahun akan datang,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI