fbpx

Situasi jenayah kanak-kanak bertambah baik tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir.

PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan salah laku jenayah dalam kalangan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah bertambah baik tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, perkara itu diperolehi menerusi laporan Statistik Kanak-Kanak Malaysia 2020 yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, bilangan kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang terbabit dengan jenayah menurun 8.7 peratus daripada 5,294 kes pada 2018 kepada 4,833 kes pada 2019.

“Kanak kanak Ielaki yang terlibat dengan jenayah turut menurun kepada 9.2 peratus manakala kanak-kanak perempuan kekal sama seperti tahun sebelumnya iaitu 290 kes.

“Berdasarkan rekod, kesalahan pertama dan kesalahan berulang juga mencatatkan penurunan masing-masing lapan peratus dan 13.3 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata, bilangan taska berdaftar pada tahun lalu turut meningkat sebanyak 11.2 peratus kepada 4,903 buah khususnya di Selangor, Perlis dan Pulau Pinang.

Menurutnya, peningkatan bilangan taska itu adalah selari dengan pertambahan bilangan penduduk bekerja wanita pada tahun lalu.

“Pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan telah mendorong mereka untuk menghantar anak-anak ke taska bagi tujuan penjagaan.

“Bagaimanapun, tahun ini, operasi taska terjejas disebabkan kesukaran penjaga menghantar kanak-kanak ke taska akibat penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, katanya, kadar enrolmen di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan meningkat 9,500 orang daripada 4,848,100  kepada 4,857,600 pada tahun 2019.

“Peningkatan enrolmen ini disumbangkan oleh peringkat pendidikan prasekolah (0.7 peratus) dan peringkat rendah (1.3 peratus),” katanya.

Selain itu, katanya, bilangan pendaftaran kes baharu kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) pada 2019 adalah 20,321 yang mana komposisi tertinggi adalah daripada kumpulan umur enam hingga 12 tahun.

“Bagi kumpulan umur ini, kanak-kanak Ielaki (7,407 orang) adalah melebihi kanak-kanak perempuan (2,850 orang),” katanya.

Mohd. Uzir berkata, jumlah kanak-kanak di Malaysia adalah 9,247,500 juta iaitu meliputi 28.3 peratus daripada jumlah penduduk pada tahun 2020.

“Bilangan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dikesan paling ramai di Selangor iaitu 1,790,200 juta diikuti Sabah (1,150,200 juta) dan Johor (1,069,100 juta),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI