fbpx

Pendakwah bebas cemas hampir dihanyut banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Mad Kechil (kiri) menunjukkan lokasi jambatan sementara yang ditenggelami air Sungai Dura di Kampung Kuala Dura di Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Pendakwah bebas, Ustaz Mad Kechik mengalami detik cemas selepas kenderaan utiliti sukan, Honda CRV yang dinaiki bersama adiknya hampir dihanyutkan arus sungai deras di Kampung Kuala Dura di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 malam itu, Mad Kechil dan adik lelakinya, Mujahid Qusairi, 24, terselamat selepas sempat keluar kenderaan tersebut yang tersangkut di atas jambatan sementara yang sebahagiannya telah ditenggelami air Sungai Dura.

Mencerita semula detik cemas itu, Mad Kechil atau nama sebenarnya Muhammad Abdullah, 27, berkata, sewaktu kejadian, beliau dan adik lelaki dalam perjalanan pulang ke Madrasah Darul Zahraa Wa Tahfizil Quran yang terletak kira-kira 200 meter dari jambatan sementara berkenaan.

“Pada mulanya saya yakin jambatan sementara itu masih selamat setelah ia berjaya dilalui warga madrasah lain kira-kira 10 minit sebelum itu tetapi sukar untuk mengagak sebab persekitaran agak gelap dan hujan lebat.

“Begitupun kenderaan Honda CRV yang kami naiki tersangkut di tengah-tengah jambatan. Usaha untuk menyelamatkan diri juga agak sukar kerana pintu kereta payah dibuka kerana arus deras,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mad Kechil berkata, sewaktu berjaya keluar, air sungai sudah mula memasuki kenderaan yang mereka naiki.

Menurutnya, beliau kemudiannya dibantu adiknya, Mujahid Qusairi menyelamatkan diri hingga ke tebing sungai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI