fbpx

Misteri status ahli Cosmic Girls

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEONGSO COSMIC GIRLS

PEMINAT kini menemui bukti mendakwa tiga anggota Cosmic Girls sudah meninggalkan kumpulan itu meskipun sehingga sekarang belum ada pengesahan rasmi berhubung perkara tersebut.

Kali terakhir tiga anggota Cosmic Girls yang berasal dari China itu iaitu Xuanyi, Meiqi dan Cheng Xiao atau nama Koreanya, Seongso membuat penampilan bersama adalah pada Februari 2018.

Kemunculan Cosmic Girls dengan album Neverland pada Jun lalu juga dibuat tanpa kehadiran tiga penyanyi itu.

Khabar angin tersebut diperkuatkan lagi dengan tindakan tiga wanita itu memadam perkataan ‘Cosmic Girls Member’ pada bahagian biografi akaun Weibo masing-masing.

Seperti memetik laporan Dispatch, Seongso kini kerap muncul dalam drama China selain membuat kemunculan perdana dalam filem Detective Chinatown 3.

Dia juga membuat kejutan memuat naik gambar terbaharunya dalam Instagram dengan kapsyen, antaranya berbunyi ‘lama tidak bertemu’ dalam bahasa Korea.

Tindakan tersebut membuatkan peminat keliru dengan status dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI