fbpx

Imam di Garut, Indonesia terima insentif RM1,154 sebulan bermula 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Negara di Garut, Jawa Barat. - Nasionalisme

JAKARTA – Imam-imam masjid di Kabupaten Garut, Jawa Barat dilaporkan bakal menerima wang insentif sebanyak 4,000,000 juta rupiah (RM1,154) bermula tahun hadapan.

Ketua Daerah Kabupaten Garut, Rudy Gunawan mengesahkan berita itu dan memberitahu imam yang akan menerima insentif adalah imam masjid negara dan imam masjid besar di bawah daerah Garut.

“Bermula tahun hadapan, imam masjid negara dan imam masjid besar di Garut akan mendapat insentif khas,” katanya.

Kata Rudy, insentif adalah salah satu keprihatinan yang ditunjukkan oleh pemerintah daerah (Pemda) kepada golongan imam di kabupaten itu.

Terdahulu, Pemda turut menyalurkan bantuan kepada madrasah dan sekolah pondok di Garut.

“Ini adalah sebahagian daripada rancangan yang dirangka oleh Pemda untuk memberikan lebih banyak perhatian kepada madrasah, sekolah pondok dan masjid-masjid di Garut,” ujarnya.

Cadangan memberi insentif itu juga telah dipersetujui oleh pecahan di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN