fbpx

Enam keluarga terperangkap, laluan masuk kampung dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Tok Kundur menaiki sampan selepas laluan masuk ke kampung itu dinaiki air.

PASIR PUTEH – Enam keluarga yang terdiri daripada 27 orang di Kampung Tok Kundur di sini terperangkap apabila laluan utama masuk ke kampung itu ditenggelami air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, air naik setinggi 1.5 meter selepas berlaku hujan lebat di kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

Katanya, penduduk yang terlibat terpaksa menggunakan sebuah sampan untuk mengharungi air sepanjang 800 meter dari rumah mereka untuk keluar mendapatkan barangan keperluan di bandar Pasir Puteh.

Menurutnya, sehingga ini, barang-barang keperluan harian termasuk beras, sardin, gula dan teh telah dihantar oleh petugas banjir bagi keperluan mereka.

“Rumah mereka masih selamat. Mereka kini masih berada di rumah mereka masing-masing daripada dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam usaha untuk kita berwaspada terhadap penularan Covid-19.

” Persetujuan ini diputuskan secara bersama jawatankuasa banjir yang dipengerusikan Ketua Jajahan, Ab. Pattah Hasbullah kerana keadaan kediaman mereka masih belum dinaiki air kecuali laluan utama berbahaya untuk diharungi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azhar berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini dan jika rumah mereka turut dinaiki air langkah terakhir adalah perlu memindahkan ke PPS dengan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI