fbpx

[VIDEO] Budak lelaki dikhuatiri lemas selepas cuba selamatkan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry melihat pasukan penyelamat mencari anaknya yang dikhuatiri lemas dibawa arus di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor di Chemor hari ini.

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor, Chemor di sini hari ini.

Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry dikatakan hanyut selepas terjun ke dalam Sungai Chepor untuk menyelamatkan rakannya yang terjatuh semasa cuba mengambil selipar.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama empat rakan lelaki lain datang ke kawasan berkenaan untuk mandi sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.47 pagi.

Katanya, seramai 30 pegawai dan anggota bomba termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Pencarian dimulakan di lokasi terakhir mangsa dilihat saksi di Sungai Chepor sehingga lima kilometer ke Sungai Pari.

“Dianggarkan kedalaman kedua-dua sungai itu antara satu hingga tiga meter dengan keadaan arus deras,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, pencarian menggunakan kaedah ‘surface searching’ dijalankan selain sebuah bot aluminium digerakkan untuk membuat pencarian di bahagian hilir sungai.

Sementara itu, ibu bapa mangsa yang turut berada di lokasi kejadian menangis sambil memanggil nama anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sehingga pukul 1 tengah hari ini, operas mencari dan menyelamat masih dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI