fbpx

Netizen mahu Top Glove bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN mahu Top Glove bertanggungjawab atas peningkatan kes Covid-19 di asrama pekerja asing syarikat berkenaan. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Berikutan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja syarikat sarung tangan, Top Glove melebihi 1,000 kes hari ini, rata-rata netizen mahu syarikat itu bertanggungjawab.

Seorang pengguna Twitter, @KhabirM dalam satu ciapan menyatakan bahawa Top Glove patut disaman dan bertanggungjawab.

Dia kemudian memuatnaik capaian ke sebuah laporan The Guardian mengenai situasi pekerja asing di syarikat itu yang dikaitkan dengan buruh paksa.

Seorang lagi netizen, @mirsux_ mendakwa bahawa anggota keluarganya yang bekerja di syarikat itu diminta hadir bekerja meskipun dinasihatkan doktor untuk kuarantin.

Bagi, @f4izalhassan, kejadian itu merupakan satu peringatan untuk syarikat itu.

“Paksa orang datang kerja, dah nasihat suruh tutup tapi degil, akhirnya kena tutup.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam akaun Twitternya turut memberi kenyataan bahawa keutamaannya adalah kepada rakyat dan bukan syarikat besar dan kaya.

Sehingga pukul 9 malam, Top Glove trending di Twitter dengan 14,000 ciapan.

Sementara itu, Top Glove dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan penghentian operasi secara beroperasi di 16 fasiliti di Meru, Klang.

“Dengan panduan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kami telah menyelesaikan saringan penuh 57000 pekerja di hostel-hostel.

“Kami komited untuk teruskan saringan Covid-19 seperti yang dicadangkan KKM untuk baki pekerja dan kakitangan di kilang-kilang di Meru, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, keselamatan dan kesejahteraan kakitangan dan komuniti setempat menjadi keutamaan dalam mengawal situasi dan meratakan lengkukan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI