fbpx

Pekerja kilang warga Myanmar maut tersepit mesin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang maut tersepit di mesin acuan sarung tangan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bercham di Ipoh kelmarin.

IPOH – Seorang pekerja kilang warga Myanmar maut setelah tersepit pada mesin acuan sarung tangan dalam kejadian di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bercham di sini kelmarin.

Mangsa dikenali Aye Soe, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa sedang membersihkan lebihan latex yang melekat pada acuan sarung tangan berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu disedari bapa saudaranya pada pukul 4.30 petang sebelum memaklumkan kepada pihak pengurusan kilang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir Zamzurin Maarof berkata, kejadian berlaku apabila mangsa masuk ke bahagian bawah mesin ‘transfer line’ di jalur pengeluaran dan menyebabkan kepalanya tersepit antara ‘transfer line’ dan ‘chargement line’

Katanya, sistem mesin tersebut beroperasi secara automatik di jalur pengeluaran berkenaan.

“Susulan siasatan di lokasi kejadian, arahan larangan kacau ganggu terhadap jalur pengeluaran tersebut telah dikeluarkan sehingga siasatan lanjut dan tindakan penambahbaikan diambil pihak majikan.

“Notis larangan juga telah dikeluarkan kepada majikan kerana gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi aktiviti kerja di bahagian mesin tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, JKKP Perak akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Kita memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI