fbpx

Jumlah mangsa banjir Ijok kekal 90 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM meninjau kawasan rumah penduduk yang dilanda banjir di sekitar Ijok, Kuala Selangor, pagi tadi.

KUALA SELANGOR – Jumlah mangsa banjir di Ijok di sini kekal 90 orang dengan ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Mereka terdiri daripada 52 penghuni rumah Rumah Orang Tua Jasheria dan selebihnya daripada Kampung Parit Mahang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, kesemua mereka ditempatkan di PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang dan SK Ijok.

Katanya, mangsa banjir tersebut tidak dibenarkan pulang atas faktor keselamatan dan cuaca yang tidak menentu.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 116 sebelum ini dengan 26 mangsa dari Kampung Sri Sentosa dan Kampung Sri Aman dibenarkan pulang semalam.

“Serentak itu, kita telah menutup PPS Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields pukul 5 petang semalam yang menjadi lokasi mereka ditempatkan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI