fbpx

Peminat hilang sabar Safawi terus panaskan bangku simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI terus gagal meraih perhatian Sergio apabila terus memanaskan bangku simpanan ketika Portimonense tewas 0-1 kepada Leiria awal pagi semalam. - FB PORTIMONENSE FC

KEPUTUSAN kelab Portugal, Portimonense SC untuk tidak menurunkan bintang sensasi negara, Safawi Rasid ketika tewas 0-1 dalam aksi Piala Portugal menentang UD Leiria awal pagi semalam mendapat kecaman teruk peminat bola sepak tempatan.

Sebagai rekod, Safawi yang diletakkan dalam skuad utama buat kali kedua sejak berhijrah secara pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menanti peluang untuk membuat kemunculan pertama di bumi Portugal.

Hasrat itu tidak dapat direa­lisasikan apabila Safawi sekali lagi hampa selepas hanya memanaskan bangku simpanan walaupun pasukan Portimonense terdesak untuk mencari gol.

Hasil tinjauan Kosmo! di laman sosial ­Facebook, ramai warganet meluah­kan perasaan tidak puas hati dengan keputusan ketua jurulatih, Paulo Sergio yang dilihat tidak mempunyai kapasiti yang bagus dalam menilai kredibiliti Safawi.

“Balik je la Pawi, sampai habis musim pun kau tak dapat main punya. Tengok jurulatih (Sergio) pun dah tahu perangai dia macam mana,” kata Faizal Ali menerusi komennya di Facebook rasmi Portimonense.

“Nak tunggu Safawi cedera masa sesi latihan baru jurulatih buka mata agaknya. Saingan liga masih awal untuk pecat jurulatih ego macam ni,” kata Mohamad Azmin pula.

Sementara itu, salah seorang warganet yang dikenali sebagai Muhammad Abdullah percaya Portimonense bukanlah pasukan yang ba­gus dan diwakili oleh barisan pemain yang tidak berkualiti selepas tewas kepada kelab divisyen 3 itu.

“Pasukan (Portimonense) pa­sukan yang teruk. Saya rasa jika mereka menentang JDT pun belum tentu boleh menang. Pasukan ini diwakili oleh pemain-pemain yang tidak berkualiti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI