fbpx

Mangsa banjir Perak kini 736 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat terdiri daripada Bomba, APM dan Rela berganding bahu menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap di Ijok hari ini.

IPOH – Keadaan banjir di Perak bertambah buruk apabila 736 orang daripada 257 keluarga masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 9 pagi hari ini berbanding 319 mangsa semalam.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, keadaan banjir paling teruk berlaku di Larut, Matang dan Selama dengan jumlah penduduk dipindahkan ke empat PPS adalah seramai 569 orang.

“Sebuah lagi PPS dibuka di Larut, Matang dan Selama iaitu di Masjid Toh Paduk, Ijok pada pukul 7 malam semalam yang menempatkan 364 mangsa dari Kampung Bendang Luas, Kampung Teras, Kampung Masjid dan Kampung Baru Gelugor.

“PPS lain di daerah sama adalah Dewan Orang Ramai Kampung Seri Ara yang menempatkan 55 mangsa banjir, Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim (47) dan 103 lagi mangsa berada di Dewan Semai Bakti Felda Ijok,” katanya.

Tambahnya, 152 mangsa lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai sejak Jumaat lalu manakala 15 orang lagi di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI