fbpx

Lee Tuck sedih tinggalkan TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Tuck.

KETUA pasukan Terengganu FC (TFC), Lee Tuck sebak apabila terpaksa meninggalkan skuad Penyu musim depan selepas kontraknya yang akan tamat hujung bulan ini tidak disambung.

Pemain tengah kelahiran Halifax, England itu memberi­tahu jodohnya bersama TFC berakhir setelah dimaklumkan pengurusan TFC bahawa beliau tiada dalam perancangan pasukan bagi musim 2021.

“Pengembaraan saya bersama TFC kini sudah tamat. Mereka (pengurusan TFC) ada perancangan baharu untuk musim depan tanpa saya.

“Terima kasih kepada semua yang membuatkan keluarga saya selesa di sini (Terengganu). Saya menyukainya setiap minit dan sentiasa memberikan yang terbaik,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook peribadinya.

Lee Tuck merupakan pemain import ketiga TFC selepas Faris Ramli dan Dominique Da Sylva yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Penyu selepas kontrak mereka tidak diperbaharui.

Sementara itu, rata-rata peminat tegar terkejut dan kurang senang dengan tindakan drastik TFC menggugurkan Lee Tuck yang dianggap arkitek kepada kejayaan skuad Penyu sehingga berjaya melangkah ke pentas Asia musim depan.

Difahamkan perkembangan terbaharu ini telah membuka jalan kepada Pahang untuk menyambar Lee Tuck bagi memperkuatkan skuad Tok Gajah musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI