fbpx

Kontak rapat Alif Satar, Zulin jalani kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULIN AZIZ

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengesahkan sedang menjalani kuarantin selama 14 hari dan melakukan ujian saringan Covid-19 memandangkan dirinya merupakan kontak rapat Alif Satar yang sah dijangkiti virus tersebut.

Zulin mengumumkan perkara itu kerana dia pernah menjalani penggambaran bersama Alif untuk sebuah drama baru-baru ini.

“Assalammualaikum, saya kena jalani kuarantin selama 14 hari dan melakukan ujian calitan kerana kontak rapat Alif di set penggambaran.

“Dengan ini saya memohon maaf kepada pihak produser dan pihak lain yang sepatutnya saya perlu beri bekerjasama dalam sebuah telefilem dan rancangan bual bicara,” tulisnya di Instagram semalam.

Zulin memberitahu, dia terpaksa membatalkan agenda tersebut sepanjang tempoh kuarantin berkenaan.

Pmilik nama penuh, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, itu turut memohon agar peminat mendoakannya dan dilindungi daripada penyakit tersebut.

“Semoga kami semua dilindungi daripada wabak ini dan semoga Alif diberi kesembuhan

“Patuh prosedur operasi standard dan jangan keluar jika tiada sebarang urusan penting,” katanya lagi.

Terdahulu, Alif mendedahkan dirinya sah positif Covid-19. Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagramnya hari ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI