fbpx

PKP berjaya elak kes melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac sehingga kini, berjaya mengelakkan lonjakan kes penularan Covid-19 secara mendadak di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sewaktu permulaan gelombang ketiga melanda negara, kadar kebolehjangkitan ialah 2.2 dan kes harian yang dilaporkan sepatutnya 4,000 atau 5,000 kes sehari.

“Malah, berdasarkan ramalan oleh Imperial College London menjangkakan Malaysia akan mencatatkan lebih 4,400 kes pada 10 November namun, sebanyak 869 kes baharu direkodkan pada tarikh tersebut.

“Kita mengelak kes tersebut meningkat sehingga 4,000 hingga 5,000 sehari kerana kemampuan hospital mungkin tidak cukup untuk merawat dan mengasingkan pesakit yang positif,” katanya pada sesi taklimat khas Covid-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan PKP termasuk kaedah pencegahan dan kawalan serta aktiviti pencegahan awam itu berjaya menurunkan unjuran kadar kebolehjangkitan pada tahap kurang daripada 1.0.

“Jika mengikut unjuran 1.5, sepatutnya bulan Oktober melaporkan kira-kira 3,000 kes hingga 4,000 kes sehari namun, ternyata sehingga akhir Oktober ia kurang daripada 1.5.

“Ini beerti tindakan kesihatan awam termasuk duduk di rumah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain kaedah PKP ini dapat mengurangkan kadar kebolehjangkitan daripada 2.2 kepada 1.5 seterusnya 1.0,” katanya.

Bagaimanapun, ujarnya, tindakan kesihatan awam akan terus dipergiatkan bagi menurunkan kadar kebolehjangkitan tersebut kepada 0.5.

Mengulas lanjut, beliau mengakui petugas kesihatan berasa lesu dari segi mental dan fizikal berdepan dengan pandemik Covid-19, begitu juga rakyat yang merasai kelesuan untuk mematuhi SOP ditetapkan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI