fbpx

Perlumbaan terakhir Rossi bersama Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI bakal menyertai pasukan Petronas SRT musim depan selepas hampir 15 tahun bersama pasukan pengeluar Yamaha. – AFP

PORTIMAO, Portugal – Jua­ra dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi mengakui perlumbaan terakhir di Grand Prix (GP) Portugal esok akan menjadi detik istimewa buatnya yang bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Yamaha selepas 15 tahun bersama pasukan pe­ngeluar tersebut.

Rossi akan menyertai pasukan satelit Yamaha, Petronas Sepang Racing Team (SRT) mu­sim depan dan akan bergabung bersama anak didiknya, Franco Morbidelli.

Perpindahan itu menyaksikan pasukan pengeluar Yamaha MotoGP dibarisi oleh pelumba muda Perancis, Fabio Quartararo dan Maverick Vinales pada musim depan.

Bagaimanapun, tugas Rossi dilihat masih belum berakhir apabila perebutan bagi tempat kedua dan juara kategori pengeluar akan diketahui di Portimao meskipun Joan Mir sudah mengesahkan gelaran dunia bersama Suzuki di Valencia minggu lalu.

“Ahad ini pasti menjadi perlumbaan yang istimewa bagi saya kerana kami telah melalui tempoh yang panjang bersama.

“Perjalanan saya dengan Yamaha terbahagi kepada dua bahagian. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Yamaha kerana memberikan peluang lagi selepas dua tahun bersama Ducati.

“Bahagian kedua amat panjang. Kami tidak berjaya meraih kejuaraan yang banyak tetapi ia merupakan pengalaman yang berharga dan tidak akan saya lupakan. Sudah pasti saya akan merindui pasukan ini,” katanya.

Pada musim ini, Rossi gagal untuk meraih sebarang kemenangan bersama Yamaha dan kali terakhir pelumba Itali itu muncul juara pada tahun 2017 di Grand Prix (GP) Belanda.
–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI