fbpx

Mengapa UMNO tidak boleh berbaik dengan Bersatu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan jika UMNO boleh berbaik dengan MCA dan MIC, mengapa UMNO tidak boleh berbaik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut mempersoalkan, jika UMNO boleh berbaik dengan Pas, mengapa parti itu tidak boleh berbaik dengan Bersatu yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perbalahan yang berlaku cuma di peringkat personaliti dan sekarang UMNO pun dalam kerajaan. Syukurlah nikmat Allah yang telah diberikan.

“UMNO jadi kerajaan kerana siapa, kerana Bersatu sanggup keluar daripada Pakatan Harapan. Bersatu kalau UMNO tidak tolong, tidak boleh jadi kerajaan. Kerana kita sanggup muafakat, Tuhan bagi kita rahmat,” katanya kepada pemberita di ibu negara hari ini.

Annuar seterusnya mendedahkan terdapat individu dalam UMNO berusaha memecahkan perpaduan UMNO, Bersatu dan Pas untuk bekerjasama dengan DAP.

Menurut beliau, rakyat sebenarnya sangat berpuas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi ada pihak dalam UMNO sedang menekan kerajaan PN.

“Kalau mahu bawa UMNO kerjasama dengan DAP dan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya lawan walaupun tinggal saya seorang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI