fbpx

Maxus T60 pesaing terbaharu trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jentera ini dijual pada harga bawah RM100,000.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

KUALA LUMPUR – Pengimport kenderaan jenama Maxus, Westar kini membawa masuk model terbaharu trak pikap, T60 dengan harga bawah RM100,000.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Weststar, Datuk Vikram Menon, keunikan Maxus T60 kerana model itu tunggal dalam kelasnya yang dilengkapi tempat duduk hadapan boleh larasa secara elektrik.

Katanya, model itu juga mempunyai 21 ruang simpanan dan tempat duduk belakang boleh laras.

“Model ini ditawarkan dalam pasaran kerana ingin menawarkan kepada pelanggan kenderaan yang lenggkap.

“Maxus T60 merupakan pikap 4X4 yang lengkap dengan cirri-ciri keselamatan dan mendahului dalam kebanyakan kelas, “ katanya.

Model pacuan empat roda itu kini dijual pada harga RM99,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) menggunakan enjin 2.8 liter turbo diesel dan transmisi enam kelajuan automatik.

Kombinasi itu mengahasilakan kuasa maksimum 150bhp pada 3,400 rpm dan tork maksimum 360Nm antara 1,600 dan 2,800 rpm.

Maxus T60 mempunyai tangki minyak bersaiz 75 liter dan menggunakan bahan api 9.2 liter diesel untuk perjalanan 100 kilometer (km).

Model itu turut hadir dengan butang hidup enjin, penghawa dingin automatic, rak simpanan aluminium, pemijak sisi dan lampu kabus.

Hanya satu varian ditawarkan, model standard menggunakan rim bersaiz 19 inci. Ya 19 inci! Dengan tayar 255/55. Harga yang ditawarkan juga RM20,000 lebih murah berbanding pesaing terdekat.

Enam warna pilihan ditawarkan seperti hitam, merah, kelabu, putih, perak dan biru untuk pembeli.

Maklumat lanjut boleh berkunjung ke pengedar Weststar Maxus berhampiran atau layari laman web rasmi www.weststarmaxus.com. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI