fbpx

Chelsea mudah benam cabaran Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Chelsea meraikan kemenangan ketika menewaskan Newcastle 2-0 di Stadium St. James Park.

NEWCASTLE – Chelsea meneruskan aksi tanpa kalah dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Newcastle United 2-0 di Stadium St. James Park sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan asakan awal apabila menampilkan gaya permainan menyerang, namun gagal menembusi benteng pertahanan Chelsea yang diterajui Kurt Zouma.

Skuad kendalian Frank Lampard berjaya mendahului perlawanan 1-0 apabila bek tengah Newcastle, Federico Fernandez tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-10.

Penyerang The Blues, Tammy Abraham menambah derita Newcastle apabila menggandakan jaringan pada minit ke-65 selepas tenang menyempurnakan hantaran Timo Werner.

The Magpies berpeluang mengejar kedudukan Chelsea pada minit ke-72 menerusi Sean Longstaff, namun percubaan luar kotak yang dilakukan sekadar menggegar palang pasukan pelawat.

Kemudian, Chelsea terus melancarkan serangan demi serangan ke arah pintu gol Newcastle, namun keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu pastinya menyuntik semangat pemain-pemain The Blues menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Rennes di Roazhon Park awal pagi Rabu nanti.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI