fbpx

15 kampung di Kedah dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira sembilan kampung di daerah Sik dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak petang tadi.

ALOR SETAR – Sekurang-kurangnya 15 kampung di tiga daerah di negeri ini dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan mulai pukul 1 petang tadi.

Kawasan yang terjejas antaranya Kampung Kota Bukit, Kampung Changhai, Kampung Kuala Ruman, Kampung Parit, Kampung Langgok dan Kampung Kerawai dalam daerah Sik.

Bagi daerah Padang Terap, kampung terlibat ialah Kampung Pokok Machang, Kampung Padang Lalang dan Kampung Sena sementara daerah Bandar Baharu pula melibatkan Kampung Batu 16, Kampung Tengah dan Kampung Majidee.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kejadian banjir di Kampung Batu 16 dan Kampung Tengah, Mukim Serdang dalam daerah Bandar Baharu berlaku akibat limpahan Sungai Punti.

“Hujan lebat selama lebih dua jam bermula pukul 1 petang tadi mengakibatkan paras air sungai tersebut meningkat secara mendadak sehingga melimpah ke jalan utama dan kawasan perumahan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, beberapa kawasan yang dinaiki air di daerah Padang Terap pula berlaku akibat limpahan Sungai Padang Terap ekoran hujan lebat sejak pukul 4 petang.

“Sebanyak 13 rumah di Padang Terap dinaiki air setakat pukul 9.30 malam ini,” ujarnya.

Tambahnya, hasil pemantauan mendapati air semakin surut di beberapa lokasi.

“Pemantauan akan terus dilakukan kerana keadaan cuaca yang masih hujan pada ketika ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI