fbpx

Serah bantuan guna van jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khidmat van jenazah dari Masjid Mambau, Seremban digunakan untuk menghantar barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Kampung Air Taling, Kuala Pilah hari ini.

KUALA PILAH – Sebuah van jenazah digunakan untuk membawa keperluan mangsa banjir yang terjejas di tiga buah kampung di Kuala Pilah dekat sini hari ini.

Pengurus Dapur Kausar, Azlin Ali, 40, berkata, tiga kampung terbabit iaitu Kampung Air Taling, Kampung Langkap, Kampung Malan, Dangi di daerah terjejas ekoran banjir kilat tengah malam tadi.

“Lebih kurang 400 mangsa banjir terkesan akibat banjir kilat sejak malam tadi. Jadi, disebabkan hari ini hari bekerja jadi kami tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar bantuan berupa barang keperluan asas dan makanan untuk mangsa banjir di tiga lokasi berkenaan.

“Ini pertama kali kami menggunakan khidmat van jenazah di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bilal Muda dari Masjid Mambau untuk menghantar barangan ke lokasi terjejas banjir,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Azlin, empat sesi penghantaran bantuan telah dilakukan hari ini termasuk menghantar barangan basah, barangan keperluan, baju terpakai dan minum petang kepada mangsa banjir.

“Seramai 15 orang sukarelawan terbabit yang melibatkan lima buah NGO antaranya Dapur Kausar, Baitul Syifa, Bilal Muda, My Fundaction dan Persatuan Amal Bakti Negeri Sembilan.

“NGO-NGO ini tidak malu atau takut menggunakan van jenazah ini kerana ia untuk memberi bantuan awal kepada mangsa yang terkesan banjir. Kami terpaksa menggunakan van jenazah ini kerana tidak cukup kenderaan, tapi mungkin akan menggunakannya lagi untuk menghantar bantuan” katanya.

Sementara itu orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas banjir boleh menghubungi Azlin di talian 013-6767675. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI