MOSCOW – Seorang pelajar universiti Rusia sebuah perkampungan di wilayah pedalaman Siberia terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses internet bagi sesi pembelajaran online.
Alexie Dudoladov, 21, yang menuntut di Institut Pengangkutan Air Omsk, telah mendokumentasikan kesukaran yang dihadapinya itu di media sosial.
Status itu tidak menunggu lama untuk ditularkan sekaligus memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menyediakan perkhidmatan internet lebih baik di kawasan pedalaman.
“Saya perlu berjalan hampir 300 meter ke dalam hutan dari kampung dan memanjat dahan pokok setinggi 7.9 meter untuk berkomunikasi dengan profesor di kelas menerusi aplikasi langsung Zoom.
“Itu bagi membuktikan kepada pihak universiti bahawa kegagalan saya hadir ke kelas bukan disengajakan,” katanya dalam status TikTok dan Instagram.

Universiti Dodoladov terletak 2,092 kilometer (km) di luar bandar Moscow. Seperti kebanyakan sekolah di Rusia, semua sistem pembelajaran dilakukan secara online akibat penularan wabak koronavirus.
Status Dudoladov itu telah mendapat perhatian jabatan pendidikan daerah Omsk.
Pihak tersebut sedang merancang meletakkan remaja itu di kawasan lebih dekat sekitar 273 km dari ibu kota, lapor akhbar tempatan RBK Daily.

“Saya akan diletakkan dalam pelan belajar individu tetapi mereka (pihak berkuasa) tidak mempedulikan nasib pelajar lain yang sama dengan saya,” kata Dudoladov dalam status Instagram pada Isnin lalu.
Dudaladov turut tidak berpuas hati dengan kemudahan internet yang boleh diakses penduduk bandar dari dalam rumah mereka berbanding penduduk kampung yang perlu memanjat pokok bagi melakukan perkara serupa. – Agensi