fbpx
Gambar hiasan

Nasib anak-anak zaman Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKSANAAN semula Perin­tah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuat kuasa sehingga 6 Disember ini membawa cabaran baharu kepada rakyat negara ini.

Bukan setakat individu dewasa, golongan kanak-kanak turut terkesan dengan kehidupan norma baharu ini.

Belum puas bebas bermain di luar bersama rakan, mereka kini sekali lagi terpaksa berkurung di dalam rumah dek peningkatan kes positif harian di seluruh negara.

Sesi pembelajaran mereka turut terganggu akibat penutupan semula institusi pendidikan sehingga tahun hadapan bagi membendung penularan wabak.

Apa yang membimbangkan, kadar keciciran dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia meningkat sejak bermulanya wabak Co­vid-19.

Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, kadar keciciran di peringkat sekolah rendah meningkat daripada 0.12 peratus tahun lalu kepada 0.13 peratus tahun ini.

Sementara itu, kadar keciciran bagi pelajar sekolah menengah pula meningkat dari­pada 1.14 peratus tahun lalu kepada 1.26 peratus.

Katanya, pihak kementerian akan terus melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung risiko keciciran murid dalam usaha memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan di sekolah.

Kajian oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula mendapati, hampir satu per lima pelajar daripada 500 ke­luarga dikatakan hilang minat untuk bersekolah semula selepas ia dibuka pada Julai lalu.

Bukan sahaja dalam kalangan pelajar sekolah, situasi tersebut turut berlaku terhadap pelajar pra-sekolah.

Tinjauan penulis di media sosial mendapati rata-rata ibu bapa melahirkan kebimbangan me­ngenai tahap pembelajaran anak-anak.

Anak-anak mereka dikatakan sudah mula hilang minat untuk belajar dan enggan ke sekolah. Mungkin kerana suasana kelas yang bernorma baharu atau ke­terbiasaan mereka duduk di rumah dalam tempoh yang lama.

Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Sela­ngor, Prof. Dr. Mohd. Zaidi Hajazi berkata, pelaksanaan PKP secara tidak langsung membuatkan pelajar hilang minat disebabkan kesukaran untuk belajar biarpun kaedah pembe­lajaran secara dalam talian di rumah dipraktikkan.

“Perkara ini didorong oleh pelbagai faktor seperti fasiliti teknologi maklumat yang tidak kondusif, berkongsi internet, capaian internet yang lemah, tiada komputer dan pelbagai lagi.

“Suasana rumah yang tidak menyokong elemen pembelajaran dan pengajaran serta proses pembelajaran yang tidak menghiburkan juga tidak dapat me­rangsang minat para pelajar untuk belajar,” katanya.

Semoga masalah keciciran dalam kalangan pelajar di negara ini ada jalan penyelesaiannya.

Risau pula mengenangkan nasib dan masa depan anak-anak yang membesar pada zaman Covid-19.

BERITA BERKAITAN