fbpx

Lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki Pakistan yang ditemui di atas jalan di Jalan Bangsar pada Khamis lalu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan pada anggota badan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berkenaan pada pukul 5.38 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 30-an itu mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dipercayai menggunakan senjata tajam.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui dalam milikan mangsa dan senjata yang digunakan suspek juga tidak ditemui di lokasi kejadian.

“Kita sedang mengesan latar belakang dan waris mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubuatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI