fbpx

Pemandu teksi wanita pertama di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu teksi wanita pertama di Gaza, Nayla Abu Jubbah. - AFP

GAZA – Seorang wanita Palestin melancarkan revolusi tersendiri minggu ini apabila menjadi pemandu teksi wanita pertama di kawasan pedalaman Gaza.

Dalam kawasan Palestin yang miskin, wanita mempunyai hak sama rata dengan lelaki untuk memandu kenderaan tetapi amalan membawa teksi sebelum ini hanya didominasi oleh pemandu lelaki.

“Pada satu hari, saya sedang berbual dengan seorang rakan yang bekerja sebagai pendandan rambut dan bertanya apa pendapatnya jika kami mulakan perkhidmatan teksi untuk wanita?

“Rakan saya berkata itu idea gila,” kata Nayla Abu Jubbah kepada agensi berita AFP.

Tidak mempedulikan pendapat itu, wanita berusia 39 tahun itu terus memakai hijab kepala dan pelitup muka lalu bergerak ke arah kereta yang diparkir di luar rumah.

Nayla membeli hadiah itu hasil jualan harta pusaka selepas kematian ayahnya.

Semudah itu, ibu lima anak itu bergelar pemandu teksi wanita pertama di Gaza.

Tambah Nayla, dia hanya mengambil penumpang yang membuat tempahan awal menerusi telefon pintar.

Nayla mengambil penumpang wanita dan yang membuat tempahan awal sahaja. – AFP

“Apabila ada tempahan daripada pelanggan, saya akan keluar rumah dan memandu pelanggan wanita ke merata tempat seperti majlis perkahwinan dan salun kecantikan,” ujarnya.

Perkhidmatan teksi Nayla terhad untuk pelanggan wanita sahaja. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN