fbpx

DJI Mini 2 mampu terbang sejauh empat kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRON DJI Mini 2 ini mampu merakam gambar pada resolusi 12MP dan merakam video dengan sokongan 4K 30p.

MUTAKHIR ini, dron adalah satu peranti pilihan bagi kebanyakan jurugambar atau juruvideo untuk merakam gambar serta video.

Dengan dron, mereka boleh merakam gambar dan video dari sudut yang berbeza, malahan lokasi-lokasi yang sukar diakses oleh manusia juga boleh diambil dengan menggunakan peranti tersebut.

Menjadi antara syarikat pelopor dalam menghasilkan dron, DJI kini melancarkan dron terbaharu mereka iaitu DJI Mini 2.

Direka dengan saiz yang kompak, dron itu adalah pengganti kepada DJI Mavic Mini yang telah diperkenalkan pada tahun lalu.

Dengan berat hanya 249 gram, DJI Mini 2 mempunyai saiz yang kecil serta ringan.

Dengan itu, peranti ini mudah untuk dibawa ke mana-mana memandangkan ia boleh dilipat.

Kualiti kamera yang ada pada dron ini cukup memuaskan.

Ia mampu merakam gambar pada resolusi 12MP dan merakam video dengan sokongan 4K 30p.

Gambar boleh diambil dalam dua format iaitu RAW atau JPEQ.

Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,250mAh dan dron ini boleh terbang sehingga 31 minit dengan sekali caj.

Selain itu, radius maksimum penerbangan dron terbaharu ini adalah sejauh 4 kilometer (km).

Dron ini turut didatangkan dengan sambungan tanpa wayar DJI OcuSync 2.0 yang menyokong penghantaran video HD sehingga 10km.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI