fbpx

Video gelandangan cedera ditumbuk penyamun tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV seorang gelandangan warga emas ditumbuk seorang suspek dalam kejadian cubaan samun beg silangnya di tepi Jalan Lebuh Cina, George Town di sini tular hari ini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Video seorang warga emas lelaki yang berkerusi roda ditumbuk seorang suspek lelaki dalam kejadian cubaan samun di tepi Jalan Lebuh Cina di sini Sabtu lalu tular di media sosial hari ini.

Klip video yang dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatApp sejak pagi tadi.

Video berdurasi 1 minit 22 saat itu menunjukkan kelibat seorang suspek lelaki sedang berdiri di sebelahnya lalu dilihat cuba menarik beg yang disilang pada badan mangsa.

Dalam kejadian itu, suspek yang memakai baju-t berwarna jingga dilihat bertubi-tubi menumbuk ke arah muka mangsa sehingga hampir terjatuh dari kerusi roda tersebut.

Mangsa yang kemudiannya diselamatkan seorang wanita separuh usia itu juga bertindak menolak suspek sehingga menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan sebuah motosikal yang ditunggang rakannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis berjaya menahan suspek kira-kira pukul 10.30 pagi hari sama, selepas sejam kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 9.30 pagi.

“Suspek lelaki berketurunan India berusia 32 tahun itu mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek negatif sebarang pengambilan dadah dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang kerana menghidap penyakit tibi dan pendarahan dalam perut,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, pihak polis masih mengesan penunggang motosikal terbabit yang kini masih bebas.

“Mangsa ialah seorang gelandangan berusia 66 tahun yang mengalami patah kaki kiri dan kanan akibat kemalangan serta berkerusi roda.

“Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan ringan pada muka,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu cubaan samun dan mendatangkam kecederaan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI