fbpx

Sultan Johor kurnia lima enjin bot kepada nelayan Pulau Aur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (tengah) bersama nelayan yang menerima kurniaan enjin bot di Istana Flintstones, Mersing hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan enjin bot kepada lima nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, Mersing hari ini.

Pengurniaan itu adalah susulan permintaan mereka yang telah diutarakan ketika lawatan spontan Sultan Ibrahim ke Pulau Aur pada 28 Oktober lalu.

Penerima, Hazran Harun berkata, dia terharu dan tidak menyangka permintaan mereka dikurniakan Sultan Johor dengan pemberian enjin bot berkenaan.

“Kami semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas kurniaan enjin ini selepas kami ajukan permintaan kepada Baginda tempoh hari.

“Semoga Tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan panjang umur,” kata Hazran seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook itu, penyampaian enjin tersebut telah disempurnakan di perkarangan Istana Flintstones, Mersing.

Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd. Rahman.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI