fbpx

KWSP nafi ahli perlu bayar balik pengeluaran i-Sinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.

Jelas KWSP, penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1.

“Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

“Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,”katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah “penggantian semula”.

“Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,”jelasnya.

Kosmo! hari ini melaporkan kira-kira dua juta pancarum (KWSP) yang terjejas ketika ini dibenarkan mengeluarkan wang caruman menerusi skim i-Sinar sehingga 10 peratus daripada baki keseluruhan Akaun 1 mereka.

Kemudahan i-Sinar itu akan memberi manfaat kepada ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14bilion.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI