fbpx

BMW Premium Selection kini di platform digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman web BMW Premium Selection.

PETALING JAYA – BMW Group Malaysia membuka tirai Pameran BMW Premium Selection tahun ini melalui platform digital baharu yang menawarkan aneka pilihan kenderaan pramilik dan terpakai yang bertaraf premium dari portfolio BMW serta MINI.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group merupakan satu keistimewaan dan perkhidmatan serba menyeluruh.

“Ia bukan sahaja terhad bagi pembelian, servis dan penyenggaraan kenderaan yang dingini sebaliknya merupakan sebuah kitaran hayat dan ekosistem yang menyaksikan peralihan kenderaan dalam rantaian nilai pemilikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dengan melihat aspek pemilikan dari sudut itu, BMW Group Malaysia dapat membuahkan nilai yang lebih baik bagi kenderaan tersebut serta mewujudkan insentif bagi setiap elemen dalam ekosistem kitaran hayat pemilikan kenderaan berkenaan.

“Paling menarik sekali mengenai platform ini, seluruh prosesnya boleh dijalankan menggunakan hujung jari dan dari keselesaan rumah anda, sekali gus menegaskan visi BMW Group untuk mendigitalkan titik sentuh perniagaan kami di seluruh dunia.

”Inisiatif yang pertama seumpamanya dalam industri ini bakal menyaksikan pelbagai kenderaan premium dari portfolio BMW dan MINI disediakan di laman mikro khas BMW Premium Selection,” katanya.

Tambah Hoelzl, ia merangkumi lebih 300 unit kenderaan untuk dilihat dan dibeli menerusi tawaran-tawaran eksklusif yang menarik, bertempoh terhad dan istimewa hanya bagi platform digital tersebut.

“Laman mikro khas BMW Group Malaysia ini juga membolehkan pemilik baharu kenderaan Premium Selection oleh BMW Group Malaysia menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan.

“Antaranya ialah Waranti BMW Premium Selection bertempoh minimum 12 bulan, pemeriksaan kenderaan secara teknikal dan optikal yang menyeluruh, penyediaan rekod servis dan kenderaan yang diluluskan serta tawaran pembiayaan eksklusif oleh BMW Financial Services Malaysia,” katanya.

Rasai pengalaman digital BMW Premium Selection yang baharu di https://www.bmwpremiumselection.com.my/. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI