fbpx

Koperal cedera dihempap khemah SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koperal Nazmi (kanan) cedera di kepala akibat dihempap khemah di lokasi SJR, Plaza Tol Duta hari ini.

PETALING JAYA – Seorang anggota trafik cedera di kepala selepas hempap besi khemah yang dirikan bagi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Duta arah menghala pusat bandar petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Koperal Nazmi Abdullah dikatakan sedang berteduh di bawah khemah berkenaan susulan hujan lebat sebelum khemah tersebut tiba-tiba runtuh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa mengalami kecederaan pada kepala dikeluarkan dengan bantuan anggota lain.

“Ketika kejadian seorang pegawai berpangkat inspektor dan lapan anggota berada di lokasi kejadian namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zulkefly (kanan) melawat Nazmi di HKL.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, beliau sudah melawat mangsa di HKL dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

“Seluruh warga trafik Kuala Lumpur mendoakan agar koperal Nazmi cepat sembuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN