fbpx

1,208 kes positif, dua kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini melaporkan sebanyak 1,208 kes baharu termasuk daripada dua kluster baharu menjadikan jumlah kes positif sebanyak 47,417 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,202 kes adalah penularan tempatan manakala enam kes import.

“Lembah Klang mencatatkan 661 kes atau 54.7 peratus kes positif pada hari ini.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 594 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada dengan kluster yang melaporkan kes tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 460 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 309.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,013 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 34,785 setakat hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI